Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
July 2014
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 3:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Wed Jan 11, 2012 6:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Fri Sep 30, 2011 10:39 pm by nur

» Reminiscence
Tue Aug 09, 2011 4:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tue May 03, 2011 7:01 pm by Zainul Muhammad

» AlFatihah - AlBaqoroh, ayat 24 (Saad Al-Ghamdi)...
Wed Dec 29, 2010 9:28 am by Zainul Muhammad

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Mon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Mon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Fri Oct 29, 2010 11:01 pm by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Fri Oct 15, 2010 7:49 am by allisa dania

chat
Share | 
 

 Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi



Male jawatan: ketua dema baru
Posts: 199
Age: 20
Birthday: 04/03/1994
Reputation: 38
Join date: 16/11/2009
Location: rider world

PostSubject: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)   Tue Jun 08, 2010 2:02 pm

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam keseluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah. Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut. Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna 'Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain'. Phonain telah banyak membina banguna purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli akeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876 yang di tangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

Bukti sirah Nabi S.A.W, beliau mengutuskan Saad Bin Abi Waqas untuk mengIslamkan Raja China, Sai Ti Song yang sebelum itu merupakan pengikut ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s dari ajaran kitab Allah Suhuf iaitu agama Hanif. Anaknya Sheikh Huang Ti ialah ayahanda kepada Merong Maha Wangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Shah I. Beliau telah berkahwin dengan puteri raja Turki 'Wali Allah Abdal' Syed Jamal al-Jefri. Semasa mereka berkerajaan di Kedah, adik Sharifah Mariam telah pergi berdagang di benua Hindi (India). Rombongan perdagangannya telah menarik perhatian raja Hindu yang bernama Soka. Dengan takdir Allah Raja Soka telah memeluk Islam dan mengahwini adik Sharifah Mariam yang bernama Sharifah Mumtaz al-Jefri. Jadi oleh kerana itu hubungan Raja Merong Maha Wangsa sebagai biras dengan Raja Soka, India.

Dari catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi beliau sendiri telah singgah di Kedah. Katanya 'Saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang 'Qala'i' iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda. Rajanya tunduk kepada negara Islam China dan menyebut maharaja Islam China dalam khutbah jumaat dan mempunyai sikap pandang ke timur (mencontohi maharaja China). Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China'. Abu Dulaf juga mengatakan orang Kedah pandai menggunakan tepung gandum, memakan buah kurma, roti dan sayur seperti kebudayaan orang Arab.


Pengembara China pula mengatakan di Kedah ramai orang yang mempunyai nama berpangkal 'Pu'. Ahli kaji bahasa China bersetuju ia bermakna 'Abu' ini membuktikan Kedah mempunyai ramai orang Islam.

Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah. Ramai orang tidak tahu di manakah tempat tetap pemerintahan kerajaan Sri Wijaya malah ada yang mengatakan di Palembang, Jawa dan di Kelantan. Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa kerajaan Sri Wijaya adalah kerajaan Buddha tetapi tanpa bukti yang kukuh, hanya pada andaian sahaja. Sri Wijaya dalam bahasa melayu tua atau bahasa siam bermakna Penempatan Tentera Islam Menyebar Nasihat Raja. Raja Sri Wijaya iaitu Shah Jihan I telah menempatkan tenteranya di kota yang bernama Kota Samarahan di Kepulauan Borneo dan baginda juga membina sebuah Masjid yang besar di Kepulauan Jawa Indonesia berbentuk seperti kuil hindu dan Masjid itu masih wujud hingga sekarang.


Ada catatan sejarah mengatakan pada tahun 1000 masihi kerajaan Kedah pernah menyerang India, ini menyebabkan sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel yang rajanya bernama Rajendra Chola yang mempunyai angkatan laut yang kuat telah membuat serangan balas. Kedah telah disebut-sebut oleh Raja Rajendra Chola sebagai negeri yang paling hebat membuat tindakan balas dan kita sedari ini kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam. Pada tahun 1025 masihi raja Rajendra Chola telah menyerang Sri Wijaya dan menyebut bahawa Kedah adalah antara kota-kota yang penting bagi kerajaan Sri Wijaya. Pulau Langkawi telah berjaya dimusnahkan dengan teruknya oleh armada perang raja hindu tersebut. Paul Wheatley telah menterjemahkan batu bersurat raja hindu tersebut katanya "Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal kelautan bergelora dan telah berjaya menawan Raja Kadaram (Kedah) sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat, beta juga telah berjaya merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaan raja tersebut yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama".


Dalam Hikayat Merong Maha Wangsa diceritakan tentang serangan keatas Raja Kedah : "Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri (Langkawi) itu selepas peninggalan perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa pun duduk".

Merong Maha Wangsa telah memilih Kedah sebagai pelabuhan Melaka kerana ia mempunyai keistemewaan berikutan wujudnya Gunung Jerai yang dapat menjadi panduan kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang dari timur dan barat dan menjadi panduan armada laut Sri Wijaya yang melalui Selat Melaka. Kota Portugis yang terdapat di Bandar Hilir Melaka hanyalah kota untuk tentera upahan Portugis Islam pada tahun-tahun selepas itu. Dan Ulu Melaka ialah Pulau Langkawi. Selain dari itu Gunung Jerai juga menjadi daya penarik kepada ekonomi kerajaan Merong Maha Wangsa yang selalu singgah di Kota Aur di Lembah Bujang. Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah. Bukti dari sejarah menunjukkan pelabuhan Melaka di Kuala Bahang merupakan tempat berlakunya peperangan yang sengit sebelum British dan Belanda mengambil keseluruhan Nusantara ke dalam empayar mereka. Hasil-hasil dari Syburi iaitu Kedah Timur yang di bawa dari Songkla dan pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu di eksport dari sini, di antaranya termasuklah emas dan geliga. Moorhead mengatakan pelabuhan di Kedah membekalkan timah yang paling banyak di dunia pada masa itu dan kekal sebagai pembekal buat beberapa kurun.

_________________
"para pejuang pencari cinta sejati sang bidadari"
"juz a passing through kamen rider"

creation(firework+photoshop+inspiration)+creativity=graphic mastermind
Back to top Go down
View user profile
madihah



Female jawatan: hanya Allah yg tahu...hehe
Posts: 65
Age: 20
Birthday: 02/11/1993
Reputation: 0
Join date: 27/11/2009
Location: malaysia

PostSubject: Re: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)   Tue Jun 08, 2010 6:02 pm

mak aih....
rajinnye encik fifi bwat kajian...
minat sejarah ke?
ade bakat nak jd sejarawan ni...hehe
Back to top Go down
View user profile
hafiz hafifi



Male jawatan: ketua dema baru
Posts: 199
Age: 20
Birthday: 04/03/1994
Reputation: 38
Join date: 16/11/2009
Location: rider world

PostSubject: Re: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)   Tue Jun 08, 2010 7:59 pm

x nak pown...
cuma nk org len sedar jerr....

_________________
"para pejuang pencari cinta sejati sang bidadari"
"juz a passing through kamen rider"

creation(firework+photoshop+inspiration)+creativity=graphic mastermind
Back to top Go down
View user profile
allisa dania



Female jawatan: pemusnah segalanya
Posts: 14
Age: 23
Birthday: 01/05/1991
Reputation: 0
Join date: 13/06/2010
Location: paris

PostSubject: Re: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)   Fri Jun 25, 2010 4:45 pm



x sgke!!!!

btol ke ni.....

Question Question Question Question

Back to top Go down
View user profile
hafiz hafifi



Male jawatan: ketua dema baru
Posts: 199
Age: 20
Birthday: 04/03/1994
Reputation: 38
Join date: 16/11/2009
Location: rider world

PostSubject: Re: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)   Fri Jul 16, 2010 3:28 pm

yup......its true!!

_________________
"para pejuang pencari cinta sejati sang bidadari"
"juz a passing through kamen rider"

creation(firework+photoshop+inspiration)+creativity=graphic mastermind
Back to top Go down
View user profile
 

Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» jom kita share video porn terkini ..
» Belajar Bahasa Arab Melalui Poster
» Cari Wang melalui REFERER di Alam Maya, Apakah Hukumnya?
» terdapat ke doa2 yg menyalahi Islam
» Memasarkan Islam Pada Era Mutakhir- Kapten Hafiz Firdaus

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: -