Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Wed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Fri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Tue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tue May 03, 2011 8:01 pm by Zainul Muhammad

» AlFatihah - AlBaqoroh, ayat 24 (Saad Al-Ghamdi)...
Wed Dec 29, 2010 9:28 am by Zainul Muhammad

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Mon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Mon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Sat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Fri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

chat

Share | 
 

 Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 7(Kerajaan ISLAM ditanah melayu jatuh?)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi



Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 22
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

PostSubject: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 7(Kerajaan ISLAM ditanah melayu jatuh?)   Tue Jun 08, 2010 2:43 pm

Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Serisultan Muhammad Jiwaz bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka. Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning. Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato' Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani. Dato' Nang Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah. Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.


Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato' Nai Riam dan suaminya Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja baru negeri Kelantan Darul Naim. Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka (Thai dan British) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja siam-thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.


Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibelah dua. Seperti peristiwa Germany telah dibelah dua, begitulah juga Kedah kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani baru. Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran didalam negeri baru itu terletak dibawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.


Di sebelah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai. Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti sultan-sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah yang palsu untuk menunjukkan kepada sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja dahulukala.


Begitu jugalah dengan negeri dibawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran kerajaan Legeh yang berpusat Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga keturunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman. Padahal Terengganu dan Kelantan ialah kerajaan Pattani. Manakala Pattani Darus Salam pula ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara Long Senik Mulut Merah dan Tengku Besar lanun Kampung Laut. Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.



Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor. Beliau telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim. Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.


Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.


Lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini. Mungkin jika diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.


Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau telah menghancurkan kerajaan Rom ini pada usia 21 tahun. Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Sultan Muhammad al-Fatih (1432-46M) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba'al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Sultan Muhammad al-Fatih adalah Raja yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

_________________
"para pejuang pencari cinta sejati sang bidadari"
"juz a passing through kamen rider"

creation(firework+photoshop+inspiration)+creativity=graphic mastermind
Back to top Go down
View user profile
 
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 7(Kerajaan ISLAM ditanah melayu jatuh?)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Perbincangan Umum-
Jump to: