Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Wed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Fri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Tue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tue May 03, 2011 8:01 pm by Zainul Muhammad

» AlFatihah - AlBaqoroh, ayat 24 (Saad Al-Ghamdi)...
Wed Dec 29, 2010 9:28 am by Zainul Muhammad

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Mon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Mon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Sat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Fri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

chat

Share | 
 

 Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 3 (benarkahfortaleza de malacca milik kafir portugis?)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi



Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 22
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

PostSubject: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 3 (benarkahfortaleza de malacca milik kafir portugis?)   Tue Jun 08, 2010 1:49 pm


GERBANG YANG TELAH DI 'CONVERT' GEROMBOLAN KEDUA PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARINI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM



Semasa British menguasai Bandar Hilir (kononnya Melaka) gabenornya ialah Major Cook kemudian diganti pula tidak lama selepas itu oleh Colenail William Farquhar. Semasa zaman inilah Kota Portugis Islam dan kota-kota sekitar bandar hilir telah dibuang dan dimusnahkan oleh pihak British sebelum musuh-musuh Allah ini menjarah kota-kota yang lainnya di luar bandar Hilir seperti Kota Lukut, kota-kota di Johor Lama, Muar , Kota Mengkuang dan lain-lain. Peristiwa pengeboman Kota Islam Potugis ini berlaku pada masa Munsyi Abdullah berada disana. Didalam Hikayat Abdullah, sila rujuk muka surat 42, beliau menceritakan tinggi Kota Islam Potugis itu kira-kira 10 depa sampai keatas dan di dasar tanahnya. Beliau menulis, " Lebarnya pula ialah 13 depa dan disitu lah diaturnya meriam berkeliling dan tebal sepanjang kota itu adalah setengah 3 depa dan dibawah kota ini di tiap-tiap katlumnya ada rumah bawah tanah lengkap dengan perigi dan kandang kuda dan beliau memberitahu kota itu berbentuk empat segi. Kota ini mempunyai empat pintu dan satu pintu besar dengan mempunyai jambatan yang besar. Didalamnya mempunyai pintu yang besar dan terdapat satu pintu kecil. Maka dari pintu itulah orang keluar dan masuk."





PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYU SULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN



Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina . British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu disitu tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. "Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati," sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. "Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. Apabila William Farqular melihat pekara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46.



Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam dikota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) didalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang didalamnya yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh. "Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang ditangannya. Maka disuruh orang naik kekota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minit meletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut. Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.


Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britian ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya. Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling. Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England. Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh. "Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya...Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu," sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.


Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan "Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya. Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya." Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakan " Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada di tidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya ", rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47. Pada tahun 1854m Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain. Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada dibawah pengaruh empayar Usmaniyyah manakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam.

_________________
"para pejuang pencari cinta sejati sang bidadari"
"juz a passing through kamen rider"

creation(firework+photoshop+inspiration)+creativity=graphic mastermind
Back to top Go down
View user profile
 
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 3 (benarkahfortaleza de malacca milik kafir portugis?)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Perbincangan Umum-
Jump to: