Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Wed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Fri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Tue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tue May 03, 2011 8:01 pm by Zainul Muhammad

» AlFatihah - AlBaqoroh, ayat 24 (Saad Al-Ghamdi)...
Wed Dec 29, 2010 9:28 am by Zainul Muhammad

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Mon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Mon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Sat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Fri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

chat

Share | 
 

 kisahku episod 11

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi



Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 22
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

PostSubject: kisahku episod 11   Wed Dec 23, 2009 10:45 am

Tap!!Aku menutup telefon bimbitku.

Kepalaku kini terbayang Sarah sahaja.Kehadiran mesej Dania meganggu sedikit diriku.Aku simpan sahaja persoalan yang timbul di bibir mindaku,esok saja aku tanya Dania bagaiman dia mendapat nomborku.Aku masih mengenang Sarah.Dadaku berombak pasrah. Sepanjang perjalanan,aku hanya menunduk.

Tiba-tiba ibu bersuara,mengejutkan lamunan pasrahku.Aku memandang kearah ibu yang sedang memandu.Matanya penuh perhatian kehadapan,sedikitpun ibu tidak memandangku.Ibu berkata sendirian,tanpa menujukan bicaranya kepada sesiapa.

“Kadangkala yang manis itu akan pergi.Pemergian yang manis ditangisi kepahitan.Tapi..yang pahit itu akan diganti dengan perkara yang lebih manis daripada kemanisan yang telah pergi”ujar ibu sambil tersenyum sinis sendirian.Lalu ibu senyap kembali,meneruskan pemanduan menuju ke rumah.

Kata-kata ibu sedikit sebanyak memberikanku semangat.Satu tusukan motivasi menyuntik dihati.Aku mampu tersenyum,merelakan pemergian Sarah.Badanku yang tunduk,aku tegakkan semula.Perasaan sedih dan hiba pudar beransur hilang.

Namun perasaan kehilangan Sarah tidak dapat aku nafikan sukar untuk dipadamkan.

Setibanya dirumah,aku terus naik ke bilik.Aku membersihkan diri,lalu aku merebahkan diri diatas katil.Aku berasa amat letih kerana terdapat banyak tekanan yang aku hadapi pada hari ini.Mindaku perlukan rehat secukupnya demi cabaran saban hari.

Lega…

Keempukan tilam dapat ku rasa.Suasana bilikku yang hanya diterangi dengan lampu tidur membuatku berasa mataku ingin terlelap.Namun setiap kali aku ingin terlelap,kata-kata Sarah bermain dikotak mindaku.

“Just you in my heart,now and ever….”

Kata-kata Sarah yang begitu bermakna buatku..Akhirnya aku tertidur.
__________________________


Keesokannya,aku bangun seperti biasa.Rutin harianku tetap ku teruskan,aku biarkan memori lalu pergi.Hari ini adalah hari yang baru.Banyak lagi yang perlu aku capai.Aku mulakan hariku dengan senyuman..Ops.Salah,minum susu dulu baru senyum.

Aku mencapai ‘virago’ dihadapan rumah.Aku menuju ke sekolah.Kayuhan demi kayuhan.Angin pagi menerpa ke arahku.Seperti biasa aku memang suka menikmati udara pagi yang segar.Kehadiran sang mentari yang baru nak menghiasi hari,mengindahkan lagi suasana pagi.Cahaya pagi begitu mempersonakan.

PANGG!!!

“Hah!!!!”suatu bunyi letupan menganggu nikmat pagiku.Aku memeriksa keadaan sekeliling.Rupanya…tiub tayar belakangku meletup.Ceh!!Terpaksalah aku menolak basikalku ini.Menyusahkan betul,pagi-pagi macam ni mana ada kedai basikal buka.Hmm..lagi pun aku nak berkejar ke sekolah.Nak tak nak terpaksalah tolak.

“Hmm..nak buat macam mana.Nasib kau la..”ujarku sendirian.

Aku sudah pun hampir ke separuh jalan.Jam sudah menunjukkan 7.05 am.Aku ada masa 10 minit lagi untuk tiba ke sekolah.Sempatkah?

Pon!!

Sebuah kereta membunyikan hon terhadapku.Tepat berada dibelakang.Lalu kereta itu berhenti.Seorang lelaki keluar dari kereta Suzuki Swift berwarna silver itu.

“Jom naik dengan cikgu.Tinggalkan saja basikal kamu.Petang karang ambil”kata lelaki tersebut.Rupanya dia merupakan guru disekolahku.Tapi aku berasa pelik.Bagaimana dia tahu aku pelajar sekolahnya.Aku melangkah ke arah kereta itu.

Aku membuka pintu dibahagian depan.

Gulp!

Mataku tepat memandang ke arah seorang pelajar perempuan yang berada di tempat duduk belakang.Dia memandang tepat kearahku,masam mukanya.
“Dania?”bisik hatiku.Aku masih lagi memandangnya.Dania merenung tajam.
“Huh!”dengus Dania.Lalu dia memalingkan mukanya dengan sombong.Dia bagaikan sedang marah padaku.

Aku diam sahaja.Aku masuk lalu menutup pintu kereta begitu juga cikgu.Gear dimasukkan.Kereta mula bergerak.Suasana sepi di dalam kereta seketika,cikgu memecahkan keheningan itu.

“Balik nanti naik dengan cikgu.Nanti cikgu boleh tolong kamu hantar basikal kamu ke kedai untuk dibaiki”kata cikgu.

“Terima kasih cikgu.Err..macam mana cikgu tahu saya pelajar sekolah cikgu?”balasku.
“Owh..Saya tak perasaan pun.Anak saya yang perasan pastu saya berhentilah ambil awak.Dania kata,awak ni sekelas dengan dia.Betul ke?”soal cikgu.

“Betul cikgu”jawabku ringkas.Aku tak berani menoleh ke belakang.Aku ingin berterima kasih padanya,tetapi sekarang bukanlah waktu yang sesuai.Aku biarkan Dania reda dahulu walaupun aku sendiri tak tahu apa yang begitu membuatkan Dania marah.Adakah kerana Sarah?Hmm..tak mungkin.

Tiba di perkarangan sekolah.Aku berterima kasih pada cikgu Kasim kerana membantuku.Dania pergi tanpa menungguku.Aku mengekorinya dari belakang.Sampai sahaja di tempat duduknya,dia menghempas bukunya.Aku semakin peik dengan tindakannya.

“Err..Dania.Awak ni kenapa?”aku memberanikan diri.

Dania berdiam,dia enggan mengulas pertanyaanku.Aku mencuba sekali lagi.

“Dania..kenapa ni?”ujarku.
“Awak!!Awak boleh kata kenapa!Dengan apa yang berlaku semalam,awak boleh tanya saya kenapa!”Dania mencebik.Kuat juga suaranya,nasib baik belum ramai yang masuk kelas termasuklah sang bidadari.Yang lain hanya memerhati kelakuan Dania.Aku sedikit segan.

“Saya makan dengan kawan baik saya je.Salah ke?”
“Betul ke ni dengan kawan baik awak?”

“Yerr…Saya tak tipu.Tapi kenapa awak nak marah pulak?”soalku kembali.
“Ermm..Tak ada apa-apa.”Jawab Dania.

Aku semakin pelik dengan Dania.Hmm..Lantak dialah.Semakin difikir,semakin pening.Tidak lama kemudian baki pelajar sekelasku mula memenuhi kelas.Suasana yang agak tenang tadi bertukar hingar-bingar,seperti biasa.

“Hai..Shin”Lyana bersuara.Aku menyahut sapaannya dengan seyuman.Lalu Lyana berbual dengan teman baiknya.Naqi yang berada disebelahku dalam keadaan serabut.Dia menggeledah begnya,bagai sesuatu yang dicarinya.

“Kau cari apa?”
“Cerita Ultraman Tiga The Movie:The Final Oddyssey yang kau mintak tu.Aku rasa dah letak dalam beg ni.Tertinggal la ni.Sori ek,Fiz”
“Tak apalah Naqi.Esok pun boleh”
“Oh ye..Semalam Dania ada mesej kau tak?Dia ada mintak nombor kau dari aku sebelum balik semalam”kata Naqi.
“Ada.Kiranya kau la yang bagi nombor aku ye”sedikit gertak.

“Yo..Rilek la bro.Aku bukan apa,dia mintak aku bagi la.Petang semalam kan kau ada mesej kat aku yang kau nak pergi keluar makan dengan Sarah and then masa dah nak dekat maghrib aku mesej la kat Dania jangan mesej kat kau.Dia Tanya kenapa,aku jawab la kau nak nak pergi keluar makan dengan Sarah”ujar Naqi dengan panjang lebar.

“Tapi pasal dia nak marah sangat kat aku tadi.Dia cuma tahu aku pergi makan denagn Sarah.Sarah pun dia tak kenal tiba-tiba je nak berang.Pelik sungguh perangai budak perempuan”aku bermonolog.Naqi mendengar apa yang aku ujarkan sendirian.

“Tu la namanya cemburu buta”Naqi sedikit menyindir.Aku kurang faham maksud Naqi.Ahh..Biarlah.Aku memandang keluar melihat panorama alam.Aku pekakkan telingaku daripada mendengar riuh rendah blok tingkatan satu.Minggu yang kosong dengan kehadiran guru,berpestalah budak-budak ni.

Naqi sibuk dengan lukisannya.Itulah kerjanya pada masa lapang.Aku biarkan dia dengan dunia imaginasinya.Dania dengan Lyana berbicara berdua,hala perempuan lagilah aku malas nak campur.Rakan-rakan anime pula sedang sibuk berbual tentang perempuan.Bosan!!

“Assalamua’alaikum”satu suara jelas ku dengari dari daun pintu kelas.Pelajar lain mengendahkannya bagaikantidak mendengarnya.Aku menyahut salamnya.Seorang pelajar perempuan tercegat disitu.

Zulaikha?Apa yang dia buat dikelasku.Ceh!!Lantak dialah,kira okeylah aku nak sambut salam dia tadi.Huh!!Mungkin budak sombong tu nak jumpa rakan dia dari kelas ni.Aku kembali mengalih pandanganku dari muka pintu.Aku benci melihat orang yang cantik tapi perangai buruk.

“Hafiz..Boleh saya jumpa awak sekejap?”pinta Zulaikha.Aku tesentak.Mukanya bagaikan merayu ingin bersemuka denganku.Aku kasihan terhadapnya,tetapi aku masih bimbang untuk bangun.

“Tolonglah Hafiz.Sekejap je”rayu Zulaikha.Naqi menyiku tubuhku.Naqi berbisik padaku.
“Kau pergi je la jumpa Zulaikha tu.Dania dengan Lyana ni pandai la aku cover untuk kau”kata Naqi perlahan.Aku bangun menuju kearah Zulaikha.Dia berada disebalik pintu,menghilangkan bayangnya dari muka pintu kelasku.

Aku bertemu dengannya,tetapi aku enggan memandang kearahnya.Mataku menyorot kearah sisi.

“Awak dah baca surat saya?”Tanya Zulaikha lembut.
“Maaf..Saya belum baca”
“Saya harap awak dapat baca.Saya tetap menunggu biar pun buat kali kedua hatta selamanya”ujarnya dengan nada penuh sopan.

“Ha?Maksud awak?”soalku.
“Awak baca dulu surat tu.Jangan biarkan saya tertunggu-tunggu macam semalam”Zulaikha tersenyum.Dia terus kembali ke kelasnya.

Aku tak sempat meneruskan bicara,Zulaikha terus pergi.Aku menghela nafas.Aku kembali masuk ke kelas.Dap!!

Jantungku berdetap!!

Lyana berada betul-betul dihadapanku.Dia menyandar disebalik pintu bahagian dalam.Dia dengarkah apa yang aku bualkan bersama Zulaikha tadi?Dia merenung dalam mataku.Aku tidak dapat nak berdalih.

“Awak bual apa dengan Zulaikha tadi?”soal Lyana.Suaranya sedikit keras.Dia mahukan jawapan.Aku tidak tahu apa yang mahu dicakapkan.

“Err…..”(Arghh!!!Somebody help me!)

EPISOD 11 siap ditulis pada 2.15am 23 Disember 2009

Back to top Go down
View user profile
madihah



Female jawatan : hanya Allah yg tahu...hehe
Posts : 65
Age : 23
Birthday : 02/11/1993
Reputation : 0
Join date : 27/11/2009
Location : malaysia

PostSubject: Re: kisahku episod 11   Wed Dec 23, 2009 2:49 pm

Quote :
“Err…..”(Arghh!!!Somebody help me!)

aaa? nak para pmbace tolong ke? huhu..
just asking..
gurau je
Back to top Go down
View user profile
atashi_ika96



Female Posts : 69
Age : 20
Birthday : 07/06/1996
Reputation : 0
Join date : 26/11/2009
Location : korea..

PostSubject: Re: kisahku episod 11   Wed Dec 23, 2009 3:08 pm

aiyoyo..
byk konflik la..
nk tye sket..
hafiz mnat dania ke,liyana ke,sarah ke,zulaika ke...
die ni mcm mnat sume je..
huhuhu..
Back to top Go down
View user profile
hafiz hafifi



Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 22
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

PostSubject: Re: kisahku episod 11   Wed Dec 23, 2009 3:25 pm

ermm....

sebenarnya dia nak jaga hati semua orang..huhu
Back to top Go down
View user profile
hafiz hafifi



Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 22
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

PostSubject: Re: kisahku episod 11   Wed Dec 23, 2009 3:55 pm

gambaran zulaikha..........
Back to top Go down
View user profile
jonghyun_shinee



Male Posts : 27
Age : 22
Birthday : 31/07/1994
Reputation : 0
Join date : 24/11/2009
Location : jeju island

PostSubject: Re: kisahku episod 11   Wed Dec 23, 2009 9:00 pm

owh ade plak gmbrn nye yerk???
yg len pnye ade gak arr yerk gmbrn nye
Back to top Go down
View user profile
sena



Male Posts : 3
Age : 22
Birthday : 10/04/1994
Reputation : 0
Join date : 19/11/2009
Location : temerloh

PostSubject: salam   Mon Dec 28, 2009 2:27 pm

Ya,kisah yang begitu islamik telah pun dimuatkan dalam laman wab ni.jadi diharapkan agar novel ini dapat diteladani dan dihayati.selamat maju jaya.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: kisahku episod 11   Today at 2:02 pm

Back to top Go down
 
kisahku episod 11
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Novel-
Jump to: