Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Wed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Fri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Tue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tue May 03, 2011 8:01 pm by Zainul Muhammad

» AlFatihah - AlBaqoroh, ayat 24 (Saad Al-Ghamdi)...
Wed Dec 29, 2010 9:28 am by Zainul Muhammad

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Mon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Mon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Sat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Fri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

chat

Share | 
 

 peranan muslimah dalam merealisasikan generasi al-quran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
najman



Male Posts : 2
Age : 21
Birthday : 22/08/1995
Reputation : 0
Join date : 28/11/2009
Location : KUALA LIPIS

PostSubject: peranan muslimah dalam merealisasikan generasi al-quran   Wed Dec 16, 2009 12:10 pm

Kata-kata ini menggambarkan betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan dan membentuk manusia yang hebat. Bagi mereka yang telah berkahwin, peranan sebagai isteri perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan seterusnya melahirkan generasi yang terbaik sebagai penyambung zuriat mereka.

Bagi yang belum berkahwin, terutamanya mahasisiwi Islam, adalah penting untuk mempersiapkan diri untuk manjadi wanita, malah seorang muslimah yang terbaik. Untuk menjadi isteri kepada seorang yang hebat pastinya kita tidak mengetahui siapa yang bakal berjodoh dengan kita, kerana jodoh pertemuan adalah dibawah pengetahuan Allah. Namun yang pasti, mereka mampu untuk menjadi seorang ibu yang hebat dengan mempersiapkan diri dengan segala bentuk kemahiran dan ilmu yang sepatutnya, sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu kepada seorang yang hebat.

Wanita merupakan salah satu daripada perhiasan ciptaan Allah SWT untuk manusia sebagaimana Allah berfirman:

زين للناس حب الشهوات من النسآء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والأنعام والحرث ذلك مع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب
- آل-عمران: 14

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan apa-apa yang diingini iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak ,kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di udnia dan disisis Allahlah tempat kembali yang baik( Syurga)." Al-Imran:14

Bagi orang-orang mukmin, mereka tidak menjadikan seluruh wanita itu sebagai perhiasan kehidupan duniawi mereka, sebaliknya wanita solehahlah yang menjadi idaman mereka kerana sebahagian hadis riwayat Muslim yang bermaksud: "Dunia adalah kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan dan kesenangan adalah wanita solehah".

Sebelum dibicarakan tentang peranan kaum wanita dalam merealisasikan generasi Al-Quran terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Generasi Al-Quran.

Generasi Al-Quran ialah generasi yang telah dididik hati dan jiwa mereka dengan nur keislaman dan keimanan yang sebenarnya. Generasi ini telah pun dipimpin oleh pemimpin besar sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya generasi Al-Quran yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW sentiasa rakus untuk melakukan ibadah. Ibadah itu merupakan satu pengisytiharan mutlak sebagai hamba Allah SWT tanpa berkongsi dengan tuhan selain daripada Allah SWT. Mereka menjadikan malam hari sebagai waktu yang paling sesuai untuk beribadah kepada Allah SWT, bertemu, berbual, dan bermesra dengan Allah SWT pada waktu manusia lain sedang nyenyak tidur, mereka menangisi lantaran takut kepada Allah SWT. Menyesali atas kelalaian mereka. Mereka sujud di hadapan Allah, memuji Allah SWT serta ruku' dengan khusyu' dan rendah diri di hadapan yang menciptakan mereka.

Generasi Al-Quran bukanlah satu generasi yang hanya menhubungkan diri kepada Allah semata-mata dengan sentiasa berkhalwat di Mihrab Imamah tanpa menoleh kepada persekitaran yang penuh dengan kefasadan dan kemungkaran. Mereka juga adalah Qiadah Al-Jundiah yang tangkas mempertahankan Islam dan gigih menyebarkan Islam di samping menundukkan kuasa Jahiliyah yang bermaharajalela dimuka bumi. Dengan sebab itu mereka sentiasa direntangi dengan bermacam kezaliman, kekejaman, dan penyeksaan yang yang berhajatkan kepada jiwa yang sabar dan hati yang sentiasa dekat kpada Allah. Justeru itu, sedikit ruang masa perlu diperuntukan untuk memuji dan sujud kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

فاصبر على ما يقولون وسبح بحمد ربك قبل طلوع الشمس وقبل غروبها
– طه:130

"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakana dan bertasbihlah sambl memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya" .

Pengetahuan kita terhadap sejarah Islam sudah cukup untuk kita mengerti bahawa Generasi Al-Quran yang Rabbani ini bukan sahaja hanya sujud kepada Allah SWT di waktu tengah malam semata-mata, malah ia juga sujud kepada Allah SWT bilamana Allah menganugerahkan kepada mereka kenikmatan hidup. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan satu peristiwa di mana Saad bin Waqqas telah pun mencapai kemenangan besar dalam sejarah Islam. Ia bersama tenteranya telah berjaya meleburkan kekuatan Kerajaan Parsi sehingga berjaya menerjah masuk ke gerbang Istana Raja Kisra. Apabila segala macam kekayaan berada di hadapan mereka, Saad bin Waqqas dengan penuh khusyu' terus sujud di hadapan Tuhan sebaik saja beliau masuk ke Istana Kisra. Lantas beliau membaca ayat Al-Quran :

كم تركوا من جنت وعيون* وزروع ومقام كريم* ونعمة كانوا فيها فاكهين* كذلك وأورثناها قوما آخرين* -الدخان:25-28

"Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah dan kesenangan yang mereka nikmatinya. Demikianlah kami wariskan semuanya itu kepada kaum yang lain."

Inilah sikap generasi Al-Quran yang unik. Hidup dan matinya hanya untuk Allah SWT dan untuk beribadat kepada Allah SWT semata-mata. Firman Allah :


قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين –الأنعام:162

"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatkau, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam"- (Al-An'am:162)

Oleh yang demikian, untuk membentuk generasi Al-Quran pada zaman yang penuh mencabar ini, muslimah mempunyai peranan yang sangat penting dalam malahirkan dan merealisasikan generasi Al-Quran ini.

Antara peranan-peranannya ialah:

1) Peranan Muslimah sebagai Isteri
- Seorang isteri itu hendaklah sentiasa taat kepada suaminya selagimana suaminya tidak menyuruh ke arah kejahatan dan kemaksiatan di samping ia taat kepada Allah SWT dalam menjalankan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
- Nilai ketaatan isteri kepada Allah diukur dari sejauh manakah ia dapat menunaikan kewajipan kepada suaminya.

2) Peranan Muslimah sebagai Ibu
- Peranan muslimah sebagai ibu ialah menyelamatkan generasi masa hadapan dari azab Allah SWT. Mereka hendaklah mendidik anak-anak ke arah menghayati Islam yang sebenarnya dan mengamalkan dalam kehidupan mereka. Membentuk diri-diri mereka dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh Abu Bakar, Umar, Osman, ali dan lain-lain. Seterusnya, seorang ibu hendaklah menjadikan dirinya seorang ibu yang solehah seperti Asma' binti Abu Bakar, umpamanya memberi perangsang kepada anaknya ketika menghadapi jiad dengan kata-kata yang sungguh membangggakan:

"Matilah dalam keadaan yang mulia atau hidup sebagai seorang yang sihat…jangan kamu rela hidup dalam kehinaan, kerana mati itu suatu yang pasti."

3) Peranan muslimah sebagai Anggota Masyarakat
-Peranan muslimah sebagai anggota masyarakat ialah memikul tanggungjawab amaar ma'aruf dan nahi mungkar bersama-sama dengan kaum muslimin. Allah berfirman : yang maksudnya "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma'aruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah .Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijakssana."

Melengkapkan diri dengan thaqafah yang luas, kerana thaqafah sangat mempengaruhi tingkah laku manusia. Melalui thaqafah, manusia mampu berhujah dan mempunyai prinsip hidup. Oleh itu, thaqafah yang luas akan mampu melahirkan manusia mukmin yang redha memikul bebanan dan amanah allah.

Untuk mengembalikan semula cirri-ciri yang wujud pada generasi yang mulia iaitu generasi Al-Quran,kita mestilah melibatkan diri dan seterusnya menghayati pula dalam proses tarbiyah Islamiyah kerana melalui proses inilah, generasi tersebut akan dapat dikembalikan semula.
Back to top Go down
View user profile
 
peranan muslimah dalam merealisasikan generasi al-quran
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: